Monday, March 23, 2015

Permohonan pertukaran anda tidak diluluskan oleh JPN Pahang.. T_T

Assalamualaikum wbt...
Hari ini..aku tahu, aku akan kecewa........ AKU YAKIN kekecewaan adalah tempat yang terLAYAK bagi diriku..... TAPI..aku seolah-olah tidak mahu mengalah... Aku merasakan kononnya akan ada keajaiban untuk diriku... TAPI...siapalah aku untuk merasai malah memiliki keajaiban itu................

Hari ini merupakan hari penentuan bagi kami yang memohon untuk bertukar kerja ke negeri@tempat idaman masing-masing. Dan sebenarnya, pagi-pagi lagi aku dah buka laman web itu untuk mengetahui status permohonan pertukaran ku,tapi.. ia belum dibuka sepenuhnya... status yang ada masih lagi sedang diproses.....  Kalau nak ikutkan... sebenarnya memang dah boleh agak keputusannya huhu SEBAB APA????

Sebab pertama, aku tidak mendapat pengesahan daripada GURU BESAR yang merupakan Ketua Jabatan ku.  Dan bila Guru Besar tak nak buat pengesahan, memang sah-sahlah JPN, sebagai PENGESAH kedua pun TIDAK AKAN MENYOKONG. Apatah lagi Bahagian Sumber Manusia...kompem-kompem depa takkan luluskan hmmmm... Aku tahu, aku sedar....tapi, aku masih berharap sebab aku dah rasa macam separuh nyawa hilang bila duduk kat Bukit Fraser ni..sapa penah mai tahu lah macam mana keadaannya.. Even kakak aku yang tak pernah pergi lagi Bukit Fraser, bila mai pun boleh nangis tengok keadaan aku disini....... aku tidak mahu menceritakan betapa teruknya kehidupan aku disini sebab aku tidak mahu ia mempengaruhi emosi dan bayi ku ini.... Cukuplah aku mengadu pada mereka yang terdekat yang aku rasa boleh memahami keadaan sebenar dan membantu ku....


Aku menunggu...dan terus menunggu.... keputusan hanya keluar selepas jam 5.00 petang iaitu lepas balik kerja... dan pada saat itu... dengan penuh rasa redha aku membuka laman web tersebut dan tertera lah jawapan yang menyakitkan ini.............................


sedihnye T_T


GURU BESAR tahu aku mabuk teruk bila duduk kat sini.  Aku pernah ditahan wad selama 3 hari di bawah Hospital Raub kerana tidak mampu makan dan asyik muntah sepanjang hari waktu mula-mula hamil.  Dan bayangkan lah... minum air kosong sahaja pun aku akan muntah semuntah-muntahnya.....
Guru Besar tahu aku tak larat nak hadapi, aku tak mampu.. dengan ketiadaan rumah sewa di kawasan yang terhad ini... aku juga terpaksa berjauhan dengan suami.  Dalam keadaan lemah kerana hamil ini... Guru Besar masih tiada belas kasihan kepadaku... Tapi aku YAKIN... ada hikmah disebalik semuanya ini... aku redha dengan ketentuan ILAHI tapi aku takkan putus asa untuk terus memohon pertukaran ini.. Semoga Guru Besar ku akan lembut hati dan akan benarkan aku pergi dari sini.. Doakan yer.. InshaaALLAH ameen :'( 





Saturday, March 21, 2015

Video khas untuk SUAMIKU yang TERCINTA....



Dah lama aku tinggalkan bidang edit-mengedit video nie... Dulu zaman U pro lah..buat tu buat nie... sekarang dah lupa... Faktor USIA yang dah lanjut, mungkin.. heheee... Dan bulan lepas... aku berusaha kembali untuk membuat sebuah video dari saat perkenalan kiteorang dan seterusnya berkahwin... BABY nanti dulu aaaa..tunggu beliau kuar dulu hehe.. ni edit pun tak se"PRO" dulu (kau bajet dulu kau pro eh? haha) sebab aku ingat-ingat lupa caranya haha... tapi gigihla demi nak siapkan jugak..seminggu aku ambil mase nak siapkan haha.. Time buat nie aku mabuk lagi tau..buatlah juga tengah sakit-sakit demi menghargai suami yang paling ku cintai.. InshaaALLAH... 

Doaku, semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dan diredhai oleh ALLAH SWT serta kekal buat selama-lamanya.. go..goo chaiyokk bebeq ku... sama-sama lah kita berusaha menjalani hidup ini bersama dengan penuh kesabaran dan tolak ansur yer (suami je yang banyak tolak ansur..aku nie garang tahu? haha) SEKIAN. love u forever suamiku sayang.

P/S: Nie video pertama aku upload dalam utube. Sila jangan gelak k hehehee...

Perangai pelik waktu hamil??

Assalamualaikum, 

Hari ini hari cuti, jadi aku bosan haha.. Dan oleh kerana aku bosan , aku nak membebel cerita sikit pasal perangai pelik aku waktu tengah mengandung sekarang..... bunyi cam menakutkan ye tak? haha
Meroyan kah aku? Eh TIDAKKK.. Alhamdulillah sampai tahap ni masih normal lagi eheheee...

Sebenarnya, masa mula-mula disahkan mengandung, aku normal je huhu..tapi, bila masuk minggu ke-6 gitulah.. aku dah jadi macam orang lain... Semua orang kenal aku sebagai seorang yang suka MELAWO walaupun taklah LAWO mane pun ahaks... cuma , kalau bab suka make up tu.. aku lah orangnye ... TAPI, bila dah start mengandung ni, perasaan nak mencantikkan diri tu dah macam semakin menghilang (ataupun mentang-mentah dah ada suami, terus malas nak melawo kan , gitu boleh? haha) eh TIDAK-TIDAK. Bukan sebab dah ada suami..tapi entahlah..memang tak boleh... nak pakai bedak pun aku rasa GELI... kalo tak dulu make up atas muka, bedak KOMPEM berkilo-kilo ahahaaa... tu belum masuk gincu merahnye mak ngah lagi hehee... tu satu hal.. lagi satu hal yang buat aku pening adalah... NAK CUCI MUKA pun MALAS.. ahahaaa.. Kalau dulu bukan main lagi setiap kali mandi duk sental-sental lah sampai ke dalam lobang idung... ber"scrub", ber"masker" bagai.. SEKARANG? jerawat pulak berkilo-kilo ku ternak kan atas muka nie HIHIHIII...

Sebab tak boleh nak make up dengan malasnye nak cuci muka lah sekarang muka aku naik kusam tahap kuasa kuda.  Kesian incik hubby kene ngadap semuanya ini haha.. TAPI kan..walaupun aku malas nak melawo-lawo nie.... ade satu mende pelik yang tak pernah aku buat tapi tiba-tiba TERSANGAT teringin lah nak buat....iaitu?????????

mewarna kuku! kau mampu nak wat kuku tajam gini? sekali wat korek lubang idung, tembus terusss huhu
Kat atas ni bukan kuku aku yer.. kuku aku takdeklah runcing seruncing buluh runcing.. kuku aku bentuk PETAK jer..HOHO... Nak dijadikan cerita..dalam minggu ke 10 gitulah... aku teringin sangat nak warnakan kuku ni.  Konon-konon nak wat matching ngan baju.. warna kuning lah, gold lah, biru pink bagai lah... lepas tu aku ada usha (tiap-tiap hari aku usha. nampak tak obsessnye disitu?) satu instagram yang ada jual pewarna kuku yang boleh peel off ni.. haaaa sebab boleh peel off ni lah yang menarik minat aku... nak solat boleh peel off, nak makan pakai tangan boleh peel off, mudah kan.  Harga pun murah jer... RM10-RM14.  Dah berbulan jugak nak beli tapi tak terbeli sebab tak pernah cuba , takut lain pulak jadinya kan.. Tapi, kebetulan masa aku pegi Melaka hari tu... ada lah lalu kat pasar malam nie dan aku ternampak ada penjual menjual pewarna kuku dari jenama yang memang aku nak (yang boleh peel off tulah).. iaitu BK Nails Polish Water Based.  Aku memang berkenan sangat dah dengan jenama ni dan kebetulan ade, aku pun ape lagi pujuk lah incik hubby tuk beli.... masa tu tak banyak kaler... tapi nasib baik ada warna PINK... dah memang aku nie kegilaan pink, aku pun amek la kaler nude pink... tak pekat sangat..just nice la.... comel pun comel warnanya....  

ha ni contoh mak jemah pakai..abaikan jari yang tak runcing tu huhu

Memang jatuh hati abis ngan BK Water Based nie... dahlah cepat kering, wangi pun wangi. Bau macam sirap ros.  Yang aku beli kat pasar malam tu RM8 je.. huih..rugi tak beli kaler turqoise, baby blue, ngan merah... haha.. len kali lah... lagi pun ni nak cuba sahaja.. ngape ntah baby dalam perut ni buat mama nye berase nak pakai plak.. rase aku cam dalam perut ni lelaki sebabnye anak saudara aku dua-dua lelaki HUHU .. takpelah, pembawakan budak agaknye ni.  Haaa.. btw nak tunjuk contoh bila nak peel off bk nails polish nie...


haaa.. ni masa nak peel off kan
Mudah je.. korang boleh kupis/kutil/kupikkan (ikutlah bahasa ape korang nak gune janji paham) tak pun kupas macam korang kupas buah limau tu... Nasihat aku, pakai tebal sikit lagi senang nak peel off kan... sekali zap je licin tak meninggalkan kesan (ok tipu) . Buat perlahan-lahan dan cermat lah baru senang nak peel off kan sekaligus bagi bersih okay? Haa itu sahaja yang aku nak bebel ceritakan pada petang yang damai nie... sesiapa rasa nak cuba korang taiplah hashtag #bknailpolish , nescaya akan bersepahlah keluar penjual-penjual tersebut.  Lepas tu korang boleh la pilih mana kedai yang jual dengan harga yang paling murah yerr.. sekian, itu sahaja . TERIMA KASIH ^_^

Thursday, March 19, 2015

Pertama kali minum air gula... kenapa dan apa rasanya???

Assalamualaikum...

Hi, hari ini aku nak cerita pasal pengalaman aku minum air gula yang paling ditakuti oleh bakal mummy-mummy c0mel sekalian.  Aku je yang takut, orang lain tak kot... hahaha... Sebenarnya... masa minggu ke 14 lagi aku dah kena minum air gula nie.. TAPI??? Al-kisahnya begini....

Tepat usia kandungan aku mencecah ke 14 minggu, aku diarahkan oleh nurse untuk datang ke Klinik Kesihatan Bukit Fraser ni untuk minum air gula buat pertama kali.  Masa ni aku baru balik dari Melaka dan loya, muntah tak hilang lagi walaupun dah masuk ke Trimester ke-2.  Untuk pengetahuan semua , sebab musabab aku kena minum air gula ni adalah kerana "family history" dimana abah aku ada penyakit kencing manis.  Dah nama keturunan dan dikhuatiri terkena pada aku, anaknya ini, jadi terpaksa lah aku minum air gula bagi mengelakkan kencing manis ketika mengandung.  Apa yang aku expect tentang air gula ni adalah rasanya manis je... tapi sebenarnya tak tahu pun rasa sebenar adalah sangat mengerikan HAHAHAA.... Dan malam sebelum aku dikehendaki minum air gula tu, dalam pukul 10 malam ke atas aku kena puasa sebab nak ambil darah puasa.  Gigih la aku makan sebelum pukul 10 malam tu sebab nak puasa kan... aku pulak fobia perut kosong.. sebab bila perut kosong dan masuk angin je, for sure aku akan loya, pening dan MUNTAH! nak tak nak tahan jelah.... 4.3.2015 tu aku pun pergilah ke KK untuk ambil darah dulu... Alhamdulillah nurse ni amek sekali je dah dapat darah. Kalo orang lain mau tiga pat kali cucuk baru dapat.. arggghhh sakitnya tuh disini dong! hihi... Lepas amek darah puasa, aku pun start lah minum air gula.. air dia biasa je.. air sejuk..cuma yang beza, dia letak nak dekat sepaket kot gula tu... (ape ntah nama saintifiknye lupe plak).  Manisnye HOIIIIIIIIII nak pengsan mak jemah! Bayangkan....rasanya macam air gula yang korang letak sepaket gula pasir, pastu korang campur plak ngan kapur... argghhh ... menguji kesabaran betul time nak telan haha.. Oleh kerana tak tahan , kali pertama minum tu , aku minum dengan cepat tanpa memikirkan akibat selepas tu haha.. siyes..aku minum berapa kali teguk jer tak sampai 10-15 minit kot... dah berjaya minum sampai abis tu memang lega gila TAPI.... tanpa disangka.. bila aku bangun nak bagi gelas kat nurse tiba-tiba aku rasa macam sesak nafas dan nak muntah sangat.. aku sempat cakap.. tak tahan sangat dah nak muntah dan tiba-tiba... BLUEEEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!! aku hamburkan dengan penuh jayanya air gula yang aku minum tadi... betul-betul depan dua-dua nurse plak tu..mujur tak kena baju depa.. kena lah lantai dan kerusi sikit huhu.. lepas muntah depan diorang terus aku berlari ke tandas dan muntah-semuntahnya lagi... alahan aku plak kalau perut kosong, lepas tu aku telan makanan, memang makanan tu akan muntah lagi... ahh kecewanya rasa... lepas daripada tu, nurse suruh aku rilex kejap... dan aku pulak dah desperate nak try lagi tapi, nurse dah tak bagi.... :(  dia suruh datang lain kali dan semalam lah tarikhnya.......... 18.03.2015.  NGERIIII...

Kali ini nurse kata tak payah puasa.. huh lega... tapi, sebelum minum air gula tu aku tak sempat nak makan lagi..ahhh sudahhh.... masa aku datang tu dah pukul 8.55 pagi.. nurse suruh minum pukul 9.00 pagi.. tak sempat nak pegi makan hooiiii....dan bila cakap nak pegi makan nurse tak bagi, dia suruh minum dulu pastu baru boleh pegi makan.. adoiii.. risaunya... takut muntah lagi... dengan muke yang sebek dan kecewa terpaksa lah aku ikut jer.. Suami lah orang yang paling risau takut aku muntah lagi huhu.  Dahla lagi 2 sesi aku kena hadap untuk minum air gula ni.. masa usia kandungan 28 minggu dan 38 minggu... YA ALLAH, tabahkan lah hatiku ini. AMEEN... 

Btw, mase mula-mula nak start minum kali nie aku dah set dalam minda, jangan minum tergopoh gapah lagi.... 

see? nak minum air gula pun kene bersila untuk amek mood hehee
Alhamdulillah kali nie berjaya walaupun aku amek mase 45 minit untuk habiskannya haha.. serius rasa nak muntah sangat masa minum..tapi aku berhenti jap rilex-rilex main handphone konon nak bagi cool... seksa weiii... huhu..takpe..demi bayi tercinta ku rela.......................



Nangis tengok... banyak lagi hoiiiiii 
Mujur lah suami ada teman masa nie... lega , Alhamdulillah... lepas berjaya minum terus pegi makan alas perut sebab takut muntah.  Lepas tu tunggulah selama dua jam.. Siap terlelap lagi dengan hubby tercinta haha.. Balik semula ke KK dan dicucuk lagi.. alhamdulillah, settle... Lepas tu terus ambil keputusan untuk turun ke Rawang sebabbbbbbbbbbbbbb...


baby ngidam nak tengok cinderella lalala ~~~~
Amboiii boleh tahan si mummy ni huhu, peyot da makin memboyot pun nak p tengok wayang lagi..abislah anak pun jadik kaki wayang sat g huhu.... Best jugak citer Cinderella ni sebab sebelum ni kan tengok yang kartun punya, kali nie bila orang betul yang ada depan mata, rase cam lain macam sikit lah hehe......

Ok, then, lepas abis tengok wayang, kami memusing lah kejap dalam Aeon Anggun Rawang tu , pergi Popular terjumpa plak buku yang memang dah lama nak beli.... iaitu Diari Hamil


Diari yang terpaling bagus untuk ibu hamil!!!
Serius, buku ni memang lengkap sangat.  Sesuai untuk mummy-mummy comel yang baru pertama kali mengandung sebab dalam ni dia akan ceritakan dengan details tentang banyak perkara.  Contohnya cara untuk hamil, apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan ketika hamil.  Cara tidur terbaik untuk ibu hamil, persediaan untuk menyambut kelahiran bayi, resepi berpantang dan macam-macam lagi.... memang berbaloi sangat beli..... harga pun tak mahal , dalam RM26.00 sahaja.. 

Jom mummy-mummy dapatkan buku nie untuk tambahkan ilmu pengetahuan kita :) 

Sunday, March 15, 2015

Hi 2nd TRIMESTER dan jalan-jalan di MELAKA ^_^

Assalamualaikum

Selamat petang, hari nie aku nak cerita mengenai pengalaman apabila usia kandungan dah masuk ke 2nd TRIMESTER ~! Alhamdulillah, bila dah masuk 2nd Trimester aka 15 minggu nie , keadaan aku dah semakin baik , dah kurang muntah-muntah yang teruk cumanya baru-baru nie aku ada terkena demam, batuk dan selsema... perit sikitlah... tapi alhamdulillah nampaknya keadaan dah beransur pulih.  Tapi, dalam bab makanan setakat nie memang tak lepas lagi.... aku masih tak boleh nak makan sesuka hati sebab memang tak lalu... nasi lemak , nasi minyak , nasi dagang je yang aku boleh.. lepas tu kuih muih ,macam biasalah.. kalau kuey tiaw ker, mee goreng basah ke, nasi goreng ke, uuhhh memang tengok pun tak lalu tau.... tapi bersyukur juga lah sebab masih boleh makan walaupun perlu memilih hihi... 

Aku melalui pengalaman yang agak sukar pada trimester pertama dan aku yakin ibu-ibu mengandung yang lain juga melalui pengalaman yang sama malah ada yang lebih teruk kan... serius tak pernah terfikir akan melalui semua itu, tapi itulah yang dikatakan sebagai pengalaman kan hehe.. Jadinya, bila keadaaan dah semakin reda, rasa pun dah semakin okay, aku dah suami tercinta telah bercadang untuk pergi bercuti selepas aku menghadiri peperiksaan perkhidmatan awam pada akhir bulan lepas iaitu pada 25 dan 26 Februari 2015.  Dah alang-alang ambil cuti untuk jawab periksa, aku pun menyambung mengambil cuti untuk pergi merehatkan diri, menenangkan akal fikiran dan berhibur seketika.  Kami pilih MELAKA.. tempat dekat je sebab nak pergi jauh-jauh , usia kandungan kan masih baru, takut juga kalau jadi apa-apa.  Mula tu aku pilih Terengganu sebab aku nak duduk kat Primula Beach Resort.. bley tengok pantai hoho.. tapinye suami tak nak.. kemudian aku berubah fikiran dan terasa macam nak pergi Melaka sebabnya aku dah lama tak masuk MUZIUM! HAHA... yelah..dulu mase kecik-kecik selalu lah pergi.  Dan seingat aku kali terakhir aku masuk muzium melaka ni mase tingkatan 2 kalau tak silap. Dah lupa semuanya, tu nak pergi balik konon-konon mengimbau kembali kenangan yang lalu hihihiii..... Lagipun banyak tempat baru yang aku tak pernah pergi lagi.. contohnya Menara Taming Sari, Taman Rama-rama ngan Rumah Terbalik hehe! 

my beloved hubby jela yang jadik model yer hihi

ni kat taman buaya.dalam ni ada malaysian miniature
Mula-mula sampai dari Kuantan kami singgah sebentar di Taman Buaya sebab aku nak tengok Malaysian Miniature yang ada dalam nie.  Sejibik macam miniature kat Masjid Kristal , Terengganu dulu... kecik comei cinonet jer bangunan-bangunan ni hehe... Lepas ke Taman Buaya baru lah kami ke Taman Rama-rama sebab aku teringin sangat nak masuk dalam tu... petang sikit tu dan dah puas jalan-jalan barulah kami ke bandar Melaka untuk check in dan berehat.  Malam tu pulak kami ke Menara Taming Sari. Ni pertama kali aku naik mende alah ni.. tinggi woooooo.... 

dapat jugak merasa hehe :') 
Best jugak naik menara ni , boleh tengok seluruh bandar Melaka pada waktu malam. Memang cantik dengan lampu-lampunya... becanye bagai hehehee.... Lepas naik menara nie kami menaiki beca untuk ke River Cruise.  


comei tak beca HELLO KITTY!!!! hehehee
Hubby lah ni yang teringin sangat nak naik beca, so.. kite layankan jela kikiki... suke sangat die dapat naik beca ahaksss..... Esoknya, barulah kami pusing-pusing pergi A-famosa , muzium maritim , dan Istana Kesultanan Melaka... 


krem kaki nak naik atas ni haha

macam real je kan huhu
bilik beradu sultan , takleh masuk tau huhu


Penat nak pusing satu istana ni..rase nak tercabut kaki haha... besar sungguh istananya.. taman larangan takyah nak cakap lah.. boleh buat bungalow tiga pat bijik kat dalam tu... hehe... balik dari melawat semua tempat ni hubby ajak p rumah terbalik plak....... ni yang best....... 


upside down house gallery

hahaha semua terbalik dalam nie 
Pertama kali masuk memang teruja... sebab semua terbalik dan berada atas kepala kita.  Was-was jugak takut jatuh dan kena kepala... memang naya weiii.. tapi seronok... memang cantik dekorasinya... tersangatlah unikkkkkkk... hehehe.... lama jugak kiteorang duduk dalam ni sebab nak ambil gambar ramai orang kan jadi kena bersabarlah dan tunggu giliran..... :) Sejujurnya memang seronok jugak jalan-jalan kat sini.. hilang beban stress di kepala buat sementara waktu hehe.. terima kasih incik hubby sebab sudi layan karenah kite dan bawak kite jalan-jalan kat sini..... Oh yer, 3 hari 2 malam je kami kat Melaka . Sebab lepas balik aku kena p jumpa doktor , nak scan baby sebab dah masuk 2nd Trimester kan... jadinya doktor nak tengok perkembangannya.. .Menurut kata doktor , ALHAMDULILLAH baby sihat.... :) kat bawah ni aku kongsi gambar scan baby yang baru masuk 14 minggu yer :) 


Alhamdulillah dah nampak kepala, tengan n kaki... masa ni dia duk gerak-gerakkan tangan dia.. comellll cgttt :')
Lepas tengok gambar scan ni baru lah aku rasa dan sedar diri yang memang dalam perut ku ni dah ada satu roh kecil hihihi... Semoga anakku akan membesar dengan sihat dan jangan nakal-nakal sangat dalam pey0t mama yerrrr heheheee... luv u sayanggg <3


sempat bergambo kat lobby otel hehe 

Saturday, March 14, 2015

Pengalaman manis yang tidak ternilai harganya..... Terima Kasih YA ALLAH :)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah , hari nie hari cuti... Jadi , seperti yang dijanjikan .... aku nak cerita sikit pasal "BERITA BAIK" yang kelmarin aku cakap nak bagitahu kan? hehehe... Sebenarnya.... ALHAMDULILLAH, aku dah pun disahkan hamil 15 minggu yang lalu.... cumanya... bila nak tulis dalam blog, aku rasa masih terlalu awal...Sekarang dah masuk TRIMESTER KE-2 rasanya.... inshaaALLAH.... lagipun sekadar ingin berkongsi pengalaman ini..... Lagi satu... aku mengalami alahan yang teruk bila Trimester Pertama bermula... serius.. tak larat langsung nak buat apa-apa... nak tulis blog apatah lagi kan? HEHEHEE..... menceritakan bagaimana perasaaan masa mula-mula aku dapat tahu aku mengandung.............

Ianya bermula bila aku mendapati miss P aku dah delay selama 2 hari kalau tak silap lah.... sebelum ni mmg miss P ada jugak datang lewat..tapi aku tak syak ape-ape lah sebab belum kahwin kan kihkihkih.. nie dah kahwin.. lain wei...rasa suspen mesti ada maaaa :p Kebetulan aku memang dah beli upt awal-awal sebab dah rasa lain macam.... tapi... masa pertama kali aku buat test upt tu, aku dapati resultnye NEGATIVE....dua kali try it's still NEGATIVE... satu pakai upt murah.satu pakai clear blue (non digital). Dua-dua ujian kehamilan yang aku buat hanya naik satu line.  Masa tu perasaan aku dah macam bercampur baur... nak kata rilex tak rilex jugak... memang aku ada fikir untuk merancang sebab nak bagi ekonomi stabilkan... tapi, dalam masa yang sama aku teringin jugak nak ada baby awal-awal... aku pun keliru gak mase tu... dan oleh kerana result negatif....aku pun redha jelah...... TAPI...... setelah hampir 4 hari miss P tak datang jugak.. aku jadi semakin gelabah... dalam hati memang kuat menyatakan bahawa diri ini hamil tapi oleh kerana buat ujian hari tu negatif... aku jadi macam kompius sedangkan simptom-simptom hamil memang dah mula ada dalam diri aku..terutamanya aku rasa mengidam teruk... lepas tu pening-pening dan mual yang tak terkata tapi tak pernah sampai tahap muntah lagi.. jadi aku fikir pening-pening tu mungkin sebab jalan bukit fraser yang dah memang memeningkan nie kot HAHA.. lagipun aku jauh dengan suami yang tercinta... sedih woo kalau dapat tau hamil mase incik hubby takde huhu...

Ditakdirkan oleh ALLAH SWT , suatu hari bila suamiku datang ke Bukit Fraser menemani aku untuk sementara waktu, aku mintak beliau belikan lagi upt yang baru..macam biasalah , satu yang murah , satu yang mahal.... Aku ingat lagi masa tu 30.12.2014 (ingatlah sebab aku tanda kat calendar period kat android aku HAHA), selepas mendapat sedikit keyakinan, aku mulakan dengan upt yang murah sebab takut kalau guna yang clear blue, result still negatif kan dah jadi membazir hehe..  Aku ada bace , kalau buat test upt ni pagi-pagi, result akan lagi cantik sebab pagi-pagi (urine pertama selepas bangun tidur) nilai HCG dia tinggi dan senang nak nampak result positif walaupun usia kehamilan masih baru. Dan bila kali ketiga aku buat nie....serius aku rasa macam nak pengsan bila tengok result dia..dua line naik... aku terus rasa cam nak menjerit... tapi memikirkan hubby ngah sedap tito lagi, aku mampu sengih jela mase tu hehehe... Aku pun apa lagi , terus naik katil tunjuk kat hubby yang tengah koya-koya lagi ngantuknye tu... aku tak tahu lah apa perasaan beliau masa tu kihkihkih... lepas daripada tu kami terus bercadang nak pergi klinik ibu dan anak kat atas bukit fraser nie untuk mengesahkan kejadian yang berlaku tadi.  Kat atas ni nurse je yang ada so tak boleh check detail. Masa pegi tu nurse suruh buat ujian upt jela lagi dan Alhamdulillah memang result positif. Naik dua line cuma masih kabur... Nurse pun kira lah, katanya awal lagi , so suruh aku mai lagi nanti... Rahim tak kuat lagi kan... x boleh bukak buku pink awal-awal huhu....

Tu dia.... bersusun upt heheee


Bile dah bukak buku PINK....alahan aku pun bermula.............memang teruk dik nonnnnn.. hari-hari aku akan muntah dan pagi lah merupakan saat yang paling teruk... Morning sickness aku ni memang dah ditahap kritikal tau... asal makan je memang akan muntah. Muntah plak bukan muntah angin atau air..sebaliknya muntah makanan.  Apa sahaja yang aku makan memang aku akan muntahkan balik .. sampai lembikkkkk dibuatnya.  Setelah berminggu-minggu keadaan aku sebegitu rupa, akhirnya aku tewas... sebab dah tak boleh nak telan apa pun langsung... aku terpaksa dimasukkan air sebab dah lemah sangat badan... nak jalan pun tak boleh sebab pening. Kali pertama dimasukkan air adalah sebanyak sebotol setengah.  Masa tu sehari je yang okay lepas tu alahan tu datang balik... Kali nie bertambah teruk dimana aku tak boleh nak makan nasi pun T_T bau masakkan apatah lagi... memang OUT!!! daging pun tak boleh nak telan.. (tau tak daging tu favourite mak jemah?) haha.. aku hanya mampu makan kuih-muih je pada mulanya untuk mengalas perut.  Lepas tu nasi putih , ayam goreng. Tu jelah hari-hari sampai muak dibuatnya.. beberapa hari selepas tu pulak keadaan menjadi semakin teruk lagi sehinggakan aku terpaksa dimasukkan ke hospital besar Raub dan dimasukkan air buat kali kedua.  Kali nie 3 hari aku kene tahan wad disebabkan kencing kotor dan memang takde tenaga langsung.  Doktor kata nie sebab aku tak makan dan kerap muntah. Bayangkanlah..sampai ada satu tahap tu, minum air SAHAJA pun aku akan muntah.. Allahurabbi.. tak tertahan rasanya... waktu ni memang sedih gila.. dahla hubby kene pergi kerja, takleh temankan aku..family pulak jauh..makanya...berseoranganlah aku di hospital ni dengan tak laratnya, memang dugaan betul rasa masa tu... Tapi aku belajar menjadi kuat demi bayi dalam perutku ini.. Dan ia menjadi semakin kuat bila hari kedua tu doktor bawak pegi scan.. masa tu baru 9 minggu 2 hari..

seketoiiii kat situ hihi..x nampak pun lagi bentuk tapi dah ada lah "isi" nya..cuma kecikkkk cangat lagi hehehee


Bila tengok result scan nie.. aku semakin lega dan kekuatan tiba-tiba bertambah hehe... tak rasa down sangat dah walaupun keadaan masih tak larat kan.. Inilah pengalaman yang paling aku tidak akan boleh LUPA....



3 kali cucuk baru lepas.. seriauuuuuuu
Terima kasih suami ku sayang sebab sudi jaga isterimu yang lembik dah tak terkata... tu ha kene cucuk sampai lebam berparut-parut..huwaaaa...sib baik dah kahwin... xpalah nak berparut bagai pun kihkihkihhh... Sejujurnya walaupun rasa teruk... aku tak kisah... asalkan bayi dalam kandungan ku ini sihat dan membesar seperti biasa... biar aku yang sakit takpa.. sakit tu kan penghapus dosa-dosa yang lalu.. hihi... doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.. inshaaALLAH... untuk next trimester aku cerita lain kali pula ya... babaiii ^_^



Wednesday, March 11, 2015

Berkahwin, Merantau...dan????????!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... selepas tiga bulan ++ akhirnya dapat juga aku gagahkan diri untuk membuka blog yang telah berhabuk ini dan kembali menulis tentang liku-liku dalam kehidupan ini.. sepanjang tiga bulan yang lepas... banyak perkara manis, suka duka dan keperitan yang telah berlaku dalam hidupku yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan yang sebenar... bermula dengan kisah manis perkahwinan ku dengan lelaki yang amat ku cintai yang kini telah selamat menjadi suamiku pada 29 November 2014... beberapa hari selepas berkahwin, aku dikehendaki pula melaporkan diri untuk bertugas di tempat yang baru... tetapi yang sedihnya... aku dicampakkan ke BUKIT FRASER T_T Jadinye tak sempat nak ber"honeybulan" bagai, aku pun dengan hati yang lara terpaksa lah melangkah pergi meninggalkan bandar KUANTAN yang ku sayangi dan suami yang ku cintai sebabnya kontrak beliau di Jabatan Perangkaan masih belum habis.... memang TAF giler kehidupan di Bukit Fraser nie... sebabnya... Jalan dahla berliku macam ular kena palu... lepas tu SEJUK GILER... bayangkanlah aku hari-hari tidur pakai sweater ! sabar jela hihi... dah lah kat sana aku duduk menumpang dengan cikgu-cikgu disebabkan tiada langsung rumah sewa.... yealah , Bukit Fraser tu kan kecil... jadi kawasan penempatan memang teramat-amatlah terhad. Kalau ada yang nak sewa pun RM600-RM800 sebulan ! O_o , memang tak mampu lah mak jemah... so, terpaksalah bertahan sementara dapat cari rumah sewa dengan harga yang berbaloi... dalam kuarters guru yang aku tumpang tu pula satu rumah ada LIMA orang penghuni termasuk aku dan seorang baby iaitu anak kepada cikgu yang baru posting... aku pulak duduk sebilik ngan cikgu yang ada anak tu ... mujur anaknye comel hehe... memang agak sedih sebab tak dapat duduk ngan suami yang tercinta... tapi , di sebalik kesedihan dan kekecewaan itu, ALLAH SWT sinari kami dengan satu berita baik sebagai pengubat luka dihati kami.  APA BERITA BAIK TU? hehe... InshaaALLAH aku akan kongsikan pada entri yang seterusnya nanti yer.. ni nak tidur dah..esok nak kerja heheheee.... sebelum aku beradu..meh nak share sikit gambar disaat sebelum dan selepas aku menjadi isteri orang dan suasana di hari perkahwinan ku HEHEHE...




Gigih deco bilik pengantin, siap tabur munge ros gitew..chewaaahhh!!! 

pelamin cinderella - utk sanding majlis aku dan abang amin. sahabat sejati jadi model gitew kan hehe

pelamin nikah by Yan D'Andeliela, awesome lah!

Sebelum di ijabkabulkan .. 

Selepas aku terima nikahnya.... 
feeling2 princess sat mase ni hihihiiii

majlis potong kek




YAYYYY KAMI DAH SAH!!!!
Diharapkan agar perkahwinan ini diredhai oleh ALLAH SWT dan kekal buat selama-lamanya... Terima kasih ya ALLAH kerana menemukan aku dengan buah hati kesayanganku ini dan mempermudahkan urusan agar dia menjadi suamiku. Semoga dia dapat menjagaku sebagaimana arwah mak menjagaku dulu... InshaaALLAH dia lah pengganti yang terbaik.. AMEEN... :)