Monday, March 23, 2015

Permohonan pertukaran anda tidak diluluskan oleh JPN Pahang.. T_T

Assalamualaikum wbt...
Hari ini..aku tahu, aku akan kecewa........ AKU YAKIN kekecewaan adalah tempat yang terLAYAK bagi diriku..... TAPI..aku seolah-olah tidak mahu mengalah... Aku merasakan kononnya akan ada keajaiban untuk diriku... TAPI...siapalah aku untuk merasai malah memiliki keajaiban itu................

Hari ini merupakan hari penentuan bagi kami yang memohon untuk bertukar kerja ke negeri@tempat idaman masing-masing. Dan sebenarnya, pagi-pagi lagi aku dah buka laman web itu untuk mengetahui status permohonan pertukaran ku,tapi.. ia belum dibuka sepenuhnya... status yang ada masih lagi sedang diproses.....  Kalau nak ikutkan... sebenarnya memang dah boleh agak keputusannya huhu SEBAB APA????

Sebab pertama, aku tidak mendapat pengesahan daripada GURU BESAR yang merupakan Ketua Jabatan ku.  Dan bila Guru Besar tak nak buat pengesahan, memang sah-sahlah JPN, sebagai PENGESAH kedua pun TIDAK AKAN MENYOKONG. Apatah lagi Bahagian Sumber Manusia...kompem-kompem depa takkan luluskan hmmmm... Aku tahu, aku sedar....tapi, aku masih berharap sebab aku dah rasa macam separuh nyawa hilang bila duduk kat Bukit Fraser ni..sapa penah mai tahu lah macam mana keadaannya.. Even kakak aku yang tak pernah pergi lagi Bukit Fraser, bila mai pun boleh nangis tengok keadaan aku disini....... aku tidak mahu menceritakan betapa teruknya kehidupan aku disini sebab aku tidak mahu ia mempengaruhi emosi dan bayi ku ini.... Cukuplah aku mengadu pada mereka yang terdekat yang aku rasa boleh memahami keadaan sebenar dan membantu ku....


Aku menunggu...dan terus menunggu.... keputusan hanya keluar selepas jam 5.00 petang iaitu lepas balik kerja... dan pada saat itu... dengan penuh rasa redha aku membuka laman web tersebut dan tertera lah jawapan yang menyakitkan ini.............................


sedihnye T_T


GURU BESAR tahu aku mabuk teruk bila duduk kat sini.  Aku pernah ditahan wad selama 3 hari di bawah Hospital Raub kerana tidak mampu makan dan asyik muntah sepanjang hari waktu mula-mula hamil.  Dan bayangkan lah... minum air kosong sahaja pun aku akan muntah semuntah-muntahnya.....
Guru Besar tahu aku tak larat nak hadapi, aku tak mampu.. dengan ketiadaan rumah sewa di kawasan yang terhad ini... aku juga terpaksa berjauhan dengan suami.  Dalam keadaan lemah kerana hamil ini... Guru Besar masih tiada belas kasihan kepadaku... Tapi aku YAKIN... ada hikmah disebalik semuanya ini... aku redha dengan ketentuan ILAHI tapi aku takkan putus asa untuk terus memohon pertukaran ini.. Semoga Guru Besar ku akan lembut hati dan akan benarkan aku pergi dari sini.. Doakan yer.. InshaaALLAH ameen :'( 





1 comment: