Sunday, April 22, 2018

Misi menghias taman depan rumah 😂

Assalamualaikum,
Kurang daripada 30 hari lagi
nak start puasa dah kan...
Korang dah habis ganti puasa?
Baju raya dah tempah ke? 😆
Kalau semua dah, Alhamdulillah.... 😙😘


Oh ya.. bercakap pasal nak dekat puasa...
Tahun nie , Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab kami dikurniakan rezeki dan peluang oleh Allah SWT untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah sendiri... InshaaAllah, dgn izin Allah SWT...

Kami start pindah raya haji tahun lepas lagi sebenarnya... tapi masa tu memang tak rasa raya lah sebab tak sempat buat apa-apa lagi pun.. dan xdek apa-apa lagipun.. tingkap , sliding door pun tutup dengan surat khabar je lagi 😂

Setelah hampir 9 bulan pindah barulah nampak gaya cam rumah sikit dah 😅

Tu pun...kami deko sikit-sikit je dulu.. kumpul duit kan hihihi...
Sekarang ni tinggal part ruang tamu dengan bahagian luar jela... Kat luar @ porch kereta tu kalau ikutkan takyah deco pun tapi aku adalah sejenis bosan duk rumah kesumbatan... (pasal kerja nanti aku cerita k malas nak spoil mood baik nie huhu)

Jadi, aku terfikir nak buat cam taman.. rumah kiteorang takde tanah.. tanah belakang pemaju simen jadi memang xleh nak bercucuk tanam bagailah.. ok, xde masalah sebab aku ngan laki aku pun x berapa gemar nak menjaga tanaman 😂 haha.. Ruang yang ada setakat ni adalah dekat depan porch kereta.. Oleh kerana kereta kecik tuek jer memang muat la nak menghias kan... makanya.. kiteorang start dengan rumput karpet beli kat DIY harga RM45 tak silap aku.. beli lah dalam 4 gulung. Lepas tu batu sungai, 2 beg warna hitam putih RM44.. banyak lagi lebih batu tu.. ingat nak letak kat kubur arwah mak dengan arwah abah nanti... Ha lepas tu pagar kecil warna coklat aku beli kat kedai RM2 jer hihi jimat sikit kot

Ada gaya macam nak buat pelamin tak
Heheheheeeeeee

Yang baru ditambah, kayu expandable, monstera dengan bunga juntai-juntai je... Semua aku beli di Cowboy bahagian pengantin...


Pendek kannn haruslah pakai kerusi haha




Nie baru 35% siap tau... banyak benda lagi tak ketuk dan paku hehe,, doakan semuanya dapat siap sebelum puasa ya... malas nak buat masa puasa... tak larat 😂😂😂😂

Babai uolss

No comments:

Post a Comment