Wednesday, November 19, 2014

10 hari lagi....

Assalamualaikum wbt... lama sudah aku menyepikan diri... lihat sahaja pada entri yang terakhir yang masih ada... 12 Oktober 2013.... dah lebih setahun rupanya haha... sebenarnya... ada lagi entri-entri lain selepas itu...tapi telah di padam sebab rasa dah tak relevan lagi untuk di post kan huhu.... Sebenarnya...agak lama aku menyepikan diri daripada penulisan blog kerana aku semakin sibuk untuk membina hidup yang baru selepas pemergian arwah mak yang paling ku cintai serta mengubati hati yang lara dan sebagainya.....

Alhamdulillah, walaupun tahun 2014 kian melabuhkan tirai kurang daripada 2 bulan lagi.... aku bersyukur kerana tahun tersebut telah meninggalkan banyak kenangan yang indah buat diriku meskipun pada tahun 2013, banyak kesakitan yang telah aku lalui..... Tujuan aku menulis entri yang baru ini juga adalah sebagai permulaan kepada percubaan aku untuk kembali berjinak-jinak dalam penulisan blog. Mungkin selepas ini aku hanya akan berkongsikan tentang kisah hidupku yang baru bermula bersama dengan orang yang baru....disini sahaja........... InshaaALLAH.

Eh..eh..eh...orang yang baru? jengjengjeng.... ? Bunyi cam menarikkan? hahaha...

Okay, sebelum aku meneruskannya meh sini aku nak kenalkan dulu siapa orang yang baru tu hihi...



TADAAAAA!!!! 
Untuk pengetahuan semua, kat sebelah tu lah bakal suami aku!! hehehe... Untuk menceritakan tentang kisah cinta kami yang tak seberapa ni... biarlah aku mulakan dengan bismillah...

Bismillahirahmanirahim...

Aku mengenali si dia bermula pada tarikh 3.3.2014. Sebab apa aku ingat tarikh tu? sebab tu lah tarikh aku mula bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Perangkaan Negeri Pahang! HAHAHAHA... Nak dijadikan cerita, ini merupakan kerja keempat aku dalam masa kurang daripada satu tahun hehee... aku mula bekerja pun selepas arwah mak meninggal dunia.. (Al-fatihah buat ibu ku yang tercinta). Dan yang paling syiok, sebenarnya, si dia adalah penyelia aku di jabatan ini, that's why aku boleh TERkenal dengan dia hihihi... Perkara yang paling kelakar ialah... masa mula-mula bekerja, aku selalu panggil si dia 'Encik'. Senang cerita, Encik Din. Sebabnya aku ingat dia dah kahwin hahaha.. yeala aku fikir kalau penyelia-penyelia ni mesti dah tua , berumur dan dah kahwin kan? tak gitu? :p  Oh yea, perkenalan kami sangat singkat.... tak sampai sebulan aku bekerja di bawah kepimpinannya, si dia mula meluahkan perasaannya terhadapku... Malu lah nak cerita panjang-panjang.. nak pendekkan lah boleh? hehe... Ok , dipendekkan cerita lagi sebulan lebih selepas tu, aku menerima lamarannya itu setelah berfikir panjang (eh tak cerita pun saat melamar tu?haha , sorry malu.) dan pada 20.4.2014, si dia dan rombongan kaum kerabatnya hadir untuk merisik aku....





Masa tu memang rasa was-was jugak lah sebab kenal tak sampai beberapa bulan boh?! tapi aku yakin, dia lah pilihan terbaik ku , InshaaALLAH.

saat diri ini dirisik.. chewahhhh! 


Ringkas jer majlis nye...baju pun aku pakai mana yang ada jer... hahaha , yelah, last minute punye plan kan :) Syukur , semuanya berjalan dengan lancar ketika itu. Dan bercakap mengenai walimahnya pula adalah lebih kurang 6 bulan selepas itu. Tarikh yang dipilih ialah 29.11.2014 dan saat aku menulis entri ini... hanya tinggal 10 hari sebelum majlis itu berlangsung?!! Ok, tiba-tiba rasa nak pengsan haha.... pejam celik pejam celik... YA...... hanya tinggal 10 hari lagi..... Allahuakhbar... sekejap sangat rasanya.... Apa pun aku bersyukur dengan segala perancangan yang telah ALLAH SWT aturkan ini... Selama walaupun kurang daripada setahun aku mengenali si dia... aku bersyukur sangat-sangat sebab si dia sangat baik hati...selalu membantu aku dan memanjakan aku yang sememangnya dah manja ni ( ok tipu jer) . HIHIHI.... Kawan-kawan, doakan semoga majlis pada hari tersebut akan berjalan dengan lancar yer nanti? InshaaALLAH, Ameen :)


P/S: nanti aku update lagi. ni dah lewat sangat..esok nak ke rumah kakak sambung buat goodies untuk tetamu. Maaf kalau agak tergantung ceritanya :)