Assalamualaikum...
Hi, hari ini aku nak cerita pasal pengalaman aku minum air gula yang paling ditakuti oleh bakal mummy-mummy c0mel sekalian. Aku je yang takut, orang lain tak kot... hahaha... Sebenarnya... masa minggu ke 14 lagi aku dah kena minum air gula nie.. TAPI??? Al-kisahnya begini....
Tepat usia kandungan aku mencecah ke 14 minggu, aku diarahkan oleh nurse untuk datang ke Klinik Kesihatan Bukit Fraser ni untuk minum air gula buat pertama kali. Masa ni aku baru balik dari Melaka dan loya, muntah tak hilang lagi walaupun dah masuk ke Trimester ke-2. Untuk pengetahuan semua , sebab musabab aku kena minum air gula ni adalah kerana "family history" dimana abah aku ada penyakit kencing manis. Dah nama keturunan dan dikhuatiri terkena pada aku, anaknya ini, jadi terpaksa lah aku minum air gula bagi mengelakkan kencing manis ketika mengandung. Apa yang aku expect tentang air gula ni adalah rasanya manis je... tapi sebenarnya tak tahu pun rasa sebenar adalah sangat mengerikan HAHAHAA.... Dan malam sebelum aku dikehendaki minum air gula tu, dalam pukul 10 malam ke atas aku kena puasa sebab nak ambil darah puasa. Gigih la aku makan sebelum pukul 10 malam tu sebab nak puasa kan... aku pulak fobia perut kosong.. sebab bila perut kosong dan masuk angin je, for sure aku akan loya, pening dan MUNTAH! nak tak nak tahan jelah.... 4.3.2015 tu aku pun pergilah ke KK untuk ambil darah dulu... Alhamdulillah nurse ni amek sekali je dah dapat darah. Kalo orang lain mau tiga pat kali cucuk baru dapat.. arggghhh sakitnya tuh disini dong! hihi... Lepas amek darah puasa, aku pun start lah minum air gula.. air dia biasa je.. air sejuk..cuma yang beza, dia letak nak dekat sepaket kot gula tu... (ape ntah nama saintifiknye lupe plak). Manisnye HOIIIIIIIIII nak pengsan mak jemah! Bayangkan....rasanya macam air gula yang korang letak sepaket gula pasir, pastu korang campur plak ngan kapur... argghhh ... menguji kesabaran betul time nak telan haha.. Oleh kerana tak tahan , kali pertama minum tu , aku minum dengan cepat tanpa memikirkan akibat selepas tu haha.. siyes..aku minum berapa kali teguk jer tak sampai 10-15 minit kot... dah berjaya minum sampai abis tu memang lega gila TAPI.... tanpa disangka.. bila aku bangun nak bagi gelas kat nurse tiba-tiba aku rasa macam sesak nafas dan nak muntah sangat.. aku sempat cakap.. tak tahan sangat dah nak muntah dan tiba-tiba... BLUEEEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!! aku hamburkan dengan penuh jayanya air gula yang aku minum tadi... betul-betul depan dua-dua nurse plak tu..mujur tak kena baju depa.. kena lah lantai dan kerusi sikit huhu.. lepas muntah depan diorang terus aku berlari ke tandas dan muntah-semuntahnya lagi... alahan aku plak kalau perut kosong, lepas tu aku telan makanan, memang makanan tu akan muntah lagi... ahh kecewanya rasa... lepas daripada tu, nurse suruh aku rilex kejap... dan aku pulak dah desperate nak try lagi tapi, nurse dah tak bagi.... :( dia suruh datang lain kali dan semalam lah tarikhnya.......... 18.03.2015. NGERIIII...
Kali ini nurse kata tak payah puasa.. huh lega... tapi, sebelum minum air gula tu aku tak sempat nak makan lagi..ahhh sudahhh.... masa aku datang tu dah pukul 8.55 pagi.. nurse suruh minum pukul 9.00 pagi.. tak sempat nak pegi makan hooiiii....dan bila cakap nak pegi makan nurse tak bagi, dia suruh minum dulu pastu baru boleh pegi makan.. adoiii.. risaunya... takut muntah lagi... dengan muke yang sebek dan kecewa terpaksa lah aku ikut jer.. Suami lah orang yang paling risau takut aku muntah lagi huhu. Dahla lagi 2 sesi aku kena hadap untuk minum air gula ni.. masa usia kandungan 28 minggu dan 38 minggu... YA ALLAH, tabahkan lah hatiku ini. AMEEN...
Btw, mase mula-mula nak start minum kali nie aku dah set dalam minda, jangan minum tergopoh gapah lagi....
|
see? nak minum air gula pun kene bersila untuk amek mood hehee |
Alhamdulillah kali nie berjaya walaupun aku amek mase 45 minit untuk habiskannya haha.. serius rasa nak muntah sangat masa minum..tapi aku berhenti jap rilex-rilex main handphone konon nak bagi cool... seksa weiii... huhu..takpe..demi bayi tercinta ku rela.......................
|
Nangis tengok... banyak lagi hoiiiiii |
Mujur lah suami ada teman masa nie... lega , Alhamdulillah... lepas berjaya minum terus pegi makan alas perut sebab takut muntah. Lepas tu tunggulah selama dua jam.. Siap terlelap lagi dengan hubby tercinta haha.. Balik semula ke KK dan dicucuk lagi.. alhamdulillah, settle... Lepas tu terus ambil keputusan untuk turun ke Rawang sebabbbbbbbbbbbbbb...
|
baby ngidam nak tengok cinderella lalala ~~~~ |
Amboiii boleh tahan si mummy ni huhu, peyot da makin memboyot pun nak p tengok wayang lagi..abislah anak pun jadik kaki wayang sat g huhu.... Best jugak citer Cinderella ni sebab sebelum ni kan tengok yang kartun punya, kali nie bila orang betul yang ada depan mata, rase cam lain macam sikit lah hehe......
Ok, then, lepas abis tengok wayang, kami memusing lah kejap dalam Aeon Anggun Rawang tu , pergi Popular terjumpa plak buku yang memang dah lama nak beli.... iaitu Diari Hamil
|
Diari yang terpaling bagus untuk ibu hamil!!! |
Serius, buku ni memang lengkap sangat. Sesuai untuk mummy-mummy comel yang baru pertama kali mengandung sebab dalam ni dia akan ceritakan dengan details tentang banyak perkara. Contohnya cara untuk hamil, apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan ketika hamil. Cara tidur terbaik untuk ibu hamil, persediaan untuk menyambut kelahiran bayi, resepi berpantang dan macam-macam lagi.... memang berbaloi sangat beli..... harga pun tak mahal , dalam RM26.00 sahaja..
Jom mummy-mummy dapatkan buku nie untuk tambahkan ilmu pengetahuan kita :)