Wednesday, March 11, 2015

Berkahwin, Merantau...dan????????!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... selepas tiga bulan ++ akhirnya dapat juga aku gagahkan diri untuk membuka blog yang telah berhabuk ini dan kembali menulis tentang liku-liku dalam kehidupan ini.. sepanjang tiga bulan yang lepas... banyak perkara manis, suka duka dan keperitan yang telah berlaku dalam hidupku yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan yang sebenar... bermula dengan kisah manis perkahwinan ku dengan lelaki yang amat ku cintai yang kini telah selamat menjadi suamiku pada 29 November 2014... beberapa hari selepas berkahwin, aku dikehendaki pula melaporkan diri untuk bertugas di tempat yang baru... tetapi yang sedihnya... aku dicampakkan ke BUKIT FRASER T_T Jadinye tak sempat nak ber"honeybulan" bagai, aku pun dengan hati yang lara terpaksa lah melangkah pergi meninggalkan bandar KUANTAN yang ku sayangi dan suami yang ku cintai sebabnya kontrak beliau di Jabatan Perangkaan masih belum habis.... memang TAF giler kehidupan di Bukit Fraser nie... sebabnya... Jalan dahla berliku macam ular kena palu... lepas tu SEJUK GILER... bayangkanlah aku hari-hari tidur pakai sweater ! sabar jela hihi... dah lah kat sana aku duduk menumpang dengan cikgu-cikgu disebabkan tiada langsung rumah sewa.... yealah , Bukit Fraser tu kan kecil... jadi kawasan penempatan memang teramat-amatlah terhad. Kalau ada yang nak sewa pun RM600-RM800 sebulan ! O_o , memang tak mampu lah mak jemah... so, terpaksalah bertahan sementara dapat cari rumah sewa dengan harga yang berbaloi... dalam kuarters guru yang aku tumpang tu pula satu rumah ada LIMA orang penghuni termasuk aku dan seorang baby iaitu anak kepada cikgu yang baru posting... aku pulak duduk sebilik ngan cikgu yang ada anak tu ... mujur anaknye comel hehe... memang agak sedih sebab tak dapat duduk ngan suami yang tercinta... tapi , di sebalik kesedihan dan kekecewaan itu, ALLAH SWT sinari kami dengan satu berita baik sebagai pengubat luka dihati kami.  APA BERITA BAIK TU? hehe... InshaaALLAH aku akan kongsikan pada entri yang seterusnya nanti yer.. ni nak tidur dah..esok nak kerja heheheee.... sebelum aku beradu..meh nak share sikit gambar disaat sebelum dan selepas aku menjadi isteri orang dan suasana di hari perkahwinan ku HEHEHE...




Gigih deco bilik pengantin, siap tabur munge ros gitew..chewaaahhh!!! 

pelamin cinderella - utk sanding majlis aku dan abang amin. sahabat sejati jadi model gitew kan hehe

pelamin nikah by Yan D'Andeliela, awesome lah!

Sebelum di ijabkabulkan .. 

Selepas aku terima nikahnya.... 
feeling2 princess sat mase ni hihihiiii

majlis potong kek




YAYYYY KAMI DAH SAH!!!!
Diharapkan agar perkahwinan ini diredhai oleh ALLAH SWT dan kekal buat selama-lamanya... Terima kasih ya ALLAH kerana menemukan aku dengan buah hati kesayanganku ini dan mempermudahkan urusan agar dia menjadi suamiku. Semoga dia dapat menjagaku sebagaimana arwah mak menjagaku dulu... InshaaALLAH dia lah pengganti yang terbaik.. AMEEN... :) 

No comments:

Post a Comment