Saturday, March 14, 2015

Pengalaman manis yang tidak ternilai harganya..... Terima Kasih YA ALLAH :)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah , hari nie hari cuti... Jadi , seperti yang dijanjikan .... aku nak cerita sikit pasal "BERITA BAIK" yang kelmarin aku cakap nak bagitahu kan? hehehe... Sebenarnya.... ALHAMDULILLAH, aku dah pun disahkan hamil 15 minggu yang lalu.... cumanya... bila nak tulis dalam blog, aku rasa masih terlalu awal...Sekarang dah masuk TRIMESTER KE-2 rasanya.... inshaaALLAH.... lagipun sekadar ingin berkongsi pengalaman ini..... Lagi satu... aku mengalami alahan yang teruk bila Trimester Pertama bermula... serius.. tak larat langsung nak buat apa-apa... nak tulis blog apatah lagi kan? HEHEHEE..... menceritakan bagaimana perasaaan masa mula-mula aku dapat tahu aku mengandung.............

Ianya bermula bila aku mendapati miss P aku dah delay selama 2 hari kalau tak silap lah.... sebelum ni mmg miss P ada jugak datang lewat..tapi aku tak syak ape-ape lah sebab belum kahwin kan kihkihkih.. nie dah kahwin.. lain wei...rasa suspen mesti ada maaaa :p Kebetulan aku memang dah beli upt awal-awal sebab dah rasa lain macam.... tapi... masa pertama kali aku buat test upt tu, aku dapati resultnye NEGATIVE....dua kali try it's still NEGATIVE... satu pakai upt murah.satu pakai clear blue (non digital). Dua-dua ujian kehamilan yang aku buat hanya naik satu line.  Masa tu perasaan aku dah macam bercampur baur... nak kata rilex tak rilex jugak... memang aku ada fikir untuk merancang sebab nak bagi ekonomi stabilkan... tapi, dalam masa yang sama aku teringin jugak nak ada baby awal-awal... aku pun keliru gak mase tu... dan oleh kerana result negatif....aku pun redha jelah...... TAPI...... setelah hampir 4 hari miss P tak datang jugak.. aku jadi semakin gelabah... dalam hati memang kuat menyatakan bahawa diri ini hamil tapi oleh kerana buat ujian hari tu negatif... aku jadi macam kompius sedangkan simptom-simptom hamil memang dah mula ada dalam diri aku..terutamanya aku rasa mengidam teruk... lepas tu pening-pening dan mual yang tak terkata tapi tak pernah sampai tahap muntah lagi.. jadi aku fikir pening-pening tu mungkin sebab jalan bukit fraser yang dah memang memeningkan nie kot HAHA.. lagipun aku jauh dengan suami yang tercinta... sedih woo kalau dapat tau hamil mase incik hubby takde huhu...

Ditakdirkan oleh ALLAH SWT , suatu hari bila suamiku datang ke Bukit Fraser menemani aku untuk sementara waktu, aku mintak beliau belikan lagi upt yang baru..macam biasalah , satu yang murah , satu yang mahal.... Aku ingat lagi masa tu 30.12.2014 (ingatlah sebab aku tanda kat calendar period kat android aku HAHA), selepas mendapat sedikit keyakinan, aku mulakan dengan upt yang murah sebab takut kalau guna yang clear blue, result still negatif kan dah jadi membazir hehe..  Aku ada bace , kalau buat test upt ni pagi-pagi, result akan lagi cantik sebab pagi-pagi (urine pertama selepas bangun tidur) nilai HCG dia tinggi dan senang nak nampak result positif walaupun usia kehamilan masih baru. Dan bila kali ketiga aku buat nie....serius aku rasa macam nak pengsan bila tengok result dia..dua line naik... aku terus rasa cam nak menjerit... tapi memikirkan hubby ngah sedap tito lagi, aku mampu sengih jela mase tu hehehe... Aku pun apa lagi , terus naik katil tunjuk kat hubby yang tengah koya-koya lagi ngantuknye tu... aku tak tahu lah apa perasaan beliau masa tu kihkihkih... lepas daripada tu kami terus bercadang nak pergi klinik ibu dan anak kat atas bukit fraser nie untuk mengesahkan kejadian yang berlaku tadi.  Kat atas ni nurse je yang ada so tak boleh check detail. Masa pegi tu nurse suruh buat ujian upt jela lagi dan Alhamdulillah memang result positif. Naik dua line cuma masih kabur... Nurse pun kira lah, katanya awal lagi , so suruh aku mai lagi nanti... Rahim tak kuat lagi kan... x boleh bukak buku pink awal-awal huhu....

Tu dia.... bersusun upt heheee


Bile dah bukak buku PINK....alahan aku pun bermula.............memang teruk dik nonnnnn.. hari-hari aku akan muntah dan pagi lah merupakan saat yang paling teruk... Morning sickness aku ni memang dah ditahap kritikal tau... asal makan je memang akan muntah. Muntah plak bukan muntah angin atau air..sebaliknya muntah makanan.  Apa sahaja yang aku makan memang aku akan muntahkan balik .. sampai lembikkkkk dibuatnya.  Setelah berminggu-minggu keadaan aku sebegitu rupa, akhirnya aku tewas... sebab dah tak boleh nak telan apa pun langsung... aku terpaksa dimasukkan air sebab dah lemah sangat badan... nak jalan pun tak boleh sebab pening. Kali pertama dimasukkan air adalah sebanyak sebotol setengah.  Masa tu sehari je yang okay lepas tu alahan tu datang balik... Kali nie bertambah teruk dimana aku tak boleh nak makan nasi pun T_T bau masakkan apatah lagi... memang OUT!!! daging pun tak boleh nak telan.. (tau tak daging tu favourite mak jemah?) haha.. aku hanya mampu makan kuih-muih je pada mulanya untuk mengalas perut.  Lepas tu nasi putih , ayam goreng. Tu jelah hari-hari sampai muak dibuatnya.. beberapa hari selepas tu pulak keadaan menjadi semakin teruk lagi sehinggakan aku terpaksa dimasukkan ke hospital besar Raub dan dimasukkan air buat kali kedua.  Kali nie 3 hari aku kene tahan wad disebabkan kencing kotor dan memang takde tenaga langsung.  Doktor kata nie sebab aku tak makan dan kerap muntah. Bayangkanlah..sampai ada satu tahap tu, minum air SAHAJA pun aku akan muntah.. Allahurabbi.. tak tertahan rasanya... waktu ni memang sedih gila.. dahla hubby kene pergi kerja, takleh temankan aku..family pulak jauh..makanya...berseoranganlah aku di hospital ni dengan tak laratnya, memang dugaan betul rasa masa tu... Tapi aku belajar menjadi kuat demi bayi dalam perutku ini.. Dan ia menjadi semakin kuat bila hari kedua tu doktor bawak pegi scan.. masa tu baru 9 minggu 2 hari..

seketoiiii kat situ hihi..x nampak pun lagi bentuk tapi dah ada lah "isi" nya..cuma kecikkkk cangat lagi hehehee


Bila tengok result scan nie.. aku semakin lega dan kekuatan tiba-tiba bertambah hehe... tak rasa down sangat dah walaupun keadaan masih tak larat kan.. Inilah pengalaman yang paling aku tidak akan boleh LUPA....



3 kali cucuk baru lepas.. seriauuuuuuu
Terima kasih suami ku sayang sebab sudi jaga isterimu yang lembik dah tak terkata... tu ha kene cucuk sampai lebam berparut-parut..huwaaaa...sib baik dah kahwin... xpalah nak berparut bagai pun kihkihkihhh... Sejujurnya walaupun rasa teruk... aku tak kisah... asalkan bayi dalam kandungan ku ini sihat dan membesar seperti biasa... biar aku yang sakit takpa.. sakit tu kan penghapus dosa-dosa yang lalu.. hihi... doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.. inshaaALLAH... untuk next trimester aku cerita lain kali pula ya... babaiii ^_^



1 comment: