Sunday, March 15, 2015

Hi 2nd TRIMESTER dan jalan-jalan di MELAKA ^_^

Assalamualaikum

Selamat petang, hari nie aku nak cerita mengenai pengalaman apabila usia kandungan dah masuk ke 2nd TRIMESTER ~! Alhamdulillah, bila dah masuk 2nd Trimester aka 15 minggu nie , keadaan aku dah semakin baik , dah kurang muntah-muntah yang teruk cumanya baru-baru nie aku ada terkena demam, batuk dan selsema... perit sikitlah... tapi alhamdulillah nampaknya keadaan dah beransur pulih.  Tapi, dalam bab makanan setakat nie memang tak lepas lagi.... aku masih tak boleh nak makan sesuka hati sebab memang tak lalu... nasi lemak , nasi minyak , nasi dagang je yang aku boleh.. lepas tu kuih muih ,macam biasalah.. kalau kuey tiaw ker, mee goreng basah ke, nasi goreng ke, uuhhh memang tengok pun tak lalu tau.... tapi bersyukur juga lah sebab masih boleh makan walaupun perlu memilih hihi... 

Aku melalui pengalaman yang agak sukar pada trimester pertama dan aku yakin ibu-ibu mengandung yang lain juga melalui pengalaman yang sama malah ada yang lebih teruk kan... serius tak pernah terfikir akan melalui semua itu, tapi itulah yang dikatakan sebagai pengalaman kan hehe.. Jadinya, bila keadaaan dah semakin reda, rasa pun dah semakin okay, aku dah suami tercinta telah bercadang untuk pergi bercuti selepas aku menghadiri peperiksaan perkhidmatan awam pada akhir bulan lepas iaitu pada 25 dan 26 Februari 2015.  Dah alang-alang ambil cuti untuk jawab periksa, aku pun menyambung mengambil cuti untuk pergi merehatkan diri, menenangkan akal fikiran dan berhibur seketika.  Kami pilih MELAKA.. tempat dekat je sebab nak pergi jauh-jauh , usia kandungan kan masih baru, takut juga kalau jadi apa-apa.  Mula tu aku pilih Terengganu sebab aku nak duduk kat Primula Beach Resort.. bley tengok pantai hoho.. tapinye suami tak nak.. kemudian aku berubah fikiran dan terasa macam nak pergi Melaka sebabnya aku dah lama tak masuk MUZIUM! HAHA... yelah..dulu mase kecik-kecik selalu lah pergi.  Dan seingat aku kali terakhir aku masuk muzium melaka ni mase tingkatan 2 kalau tak silap. Dah lupa semuanya, tu nak pergi balik konon-konon mengimbau kembali kenangan yang lalu hihihiii..... Lagipun banyak tempat baru yang aku tak pernah pergi lagi.. contohnya Menara Taming Sari, Taman Rama-rama ngan Rumah Terbalik hehe! 

my beloved hubby jela yang jadik model yer hihi

ni kat taman buaya.dalam ni ada malaysian miniature
Mula-mula sampai dari Kuantan kami singgah sebentar di Taman Buaya sebab aku nak tengok Malaysian Miniature yang ada dalam nie.  Sejibik macam miniature kat Masjid Kristal , Terengganu dulu... kecik comei cinonet jer bangunan-bangunan ni hehe... Lepas ke Taman Buaya baru lah kami ke Taman Rama-rama sebab aku teringin sangat nak masuk dalam tu... petang sikit tu dan dah puas jalan-jalan barulah kami ke bandar Melaka untuk check in dan berehat.  Malam tu pulak kami ke Menara Taming Sari. Ni pertama kali aku naik mende alah ni.. tinggi woooooo.... 

dapat jugak merasa hehe :') 
Best jugak naik menara ni , boleh tengok seluruh bandar Melaka pada waktu malam. Memang cantik dengan lampu-lampunya... becanye bagai hehehee.... Lepas naik menara nie kami menaiki beca untuk ke River Cruise.  


comei tak beca HELLO KITTY!!!! hehehee
Hubby lah ni yang teringin sangat nak naik beca, so.. kite layankan jela kikiki... suke sangat die dapat naik beca ahaksss..... Esoknya, barulah kami pusing-pusing pergi A-famosa , muzium maritim , dan Istana Kesultanan Melaka... 


krem kaki nak naik atas ni haha

macam real je kan huhu
bilik beradu sultan , takleh masuk tau huhu


Penat nak pusing satu istana ni..rase nak tercabut kaki haha... besar sungguh istananya.. taman larangan takyah nak cakap lah.. boleh buat bungalow tiga pat bijik kat dalam tu... hehe... balik dari melawat semua tempat ni hubby ajak p rumah terbalik plak....... ni yang best....... 


upside down house gallery

hahaha semua terbalik dalam nie 
Pertama kali masuk memang teruja... sebab semua terbalik dan berada atas kepala kita.  Was-was jugak takut jatuh dan kena kepala... memang naya weiii.. tapi seronok... memang cantik dekorasinya... tersangatlah unikkkkkkk... hehehe.... lama jugak kiteorang duduk dalam ni sebab nak ambil gambar ramai orang kan jadi kena bersabarlah dan tunggu giliran..... :) Sejujurnya memang seronok jugak jalan-jalan kat sini.. hilang beban stress di kepala buat sementara waktu hehe.. terima kasih incik hubby sebab sudi layan karenah kite dan bawak kite jalan-jalan kat sini..... Oh yer, 3 hari 2 malam je kami kat Melaka . Sebab lepas balik aku kena p jumpa doktor , nak scan baby sebab dah masuk 2nd Trimester kan... jadinya doktor nak tengok perkembangannya.. .Menurut kata doktor , ALHAMDULILLAH baby sihat.... :) kat bawah ni aku kongsi gambar scan baby yang baru masuk 14 minggu yer :) 


Alhamdulillah dah nampak kepala, tengan n kaki... masa ni dia duk gerak-gerakkan tangan dia.. comellll cgttt :')
Lepas tengok gambar scan ni baru lah aku rasa dan sedar diri yang memang dalam perut ku ni dah ada satu roh kecil hihihi... Semoga anakku akan membesar dengan sihat dan jangan nakal-nakal sangat dalam pey0t mama yerrrr heheheee... luv u sayanggg <3


sempat bergambo kat lobby otel hehe 

1 comment:

  1. salam. hee sonoknyer gi melaka, umah upside down tu memey menarik ;p

    ReplyDelete